SELAMAT DATANG KE BLOG WARTA DARULAMAN DAILY .... kerjasama menyebarkan berita-berita dari blog ini amat dihargai.... JANGAN LEPASKAN PELUANG LAWATI PORTAL BARU PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH DI www.wartakedah.com

WARTA DARUL AMAN DAILY AKAN DIMUATKAN KEDALAM PORTAL BARU

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah melancarkan portal baru sebagai laman rasmi penerangan yang diberi nama WARTA KEDAH yang boleh dilawati di http://www.wartakedah.com mulai 1hb Januari 2009

Berita Hari Ini

Wednesday, December 3, 2008

Buat kebajikan, terutama di bulan Muharram

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyarankan warga Wisma Darul Aman memupuk dan menyemai diri dengan amalan kebajikan, terutama pada bulan Muharam ini.


Kebajikan merupakan amalan yang membawa kepada kebaikan untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

Islam menggariskan empat panduan yang perlu disemai dalam diri bagi memupuk sifat kebajikan serta mengukuhkan iman. Antaranya, amalan berdoa di kalangan umatnya, setinggi manakah darjat kita di dunia ini, disisi Allah semuanya sama sahaja, menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah memohon hidayah, ujar beliau pada Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Aman semalam.


Selain doa, kita perlu bertaqwa kepada Allah dengan cara melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ketaqwaan perlu ditambah dengan keinsafan serta memohon kepada Allah kekayaan jiwa, iaitu menghindarkan diri daripada sifat tamak dan hasad dengki sesama insan di dunia ini, tambah beliau.


“Sebagai pentadbir, kalau sikap ini ada, Insya Allah kita dapat jalan tugas dengan baik, kita akan diyakini dan kita akan dihormati serta jiwa rasa tenang dalam menjalankan tugas,” jelas beliau.


Beliau berkata, selama sembilan bulan beliau mengetuai kerajaan, beliau dapati semua warga Wisma Darul Aman saling bekerja sama dalam mentadbir negeri Kedah dengan sempurna.


“Tak lama lagi kita akan melangkah tahun 2009, banyak cabaran bakal kita tempuhi, jadi sama-samalah kita berusaha kekalkan keyakinan dunia bahawa negeri kita adalah negeri yang stabil ekonominya, politik serta sosial.

“Maka, ramai orang akan datang ke negeri kita terutama dalam bidang pelaburan,” ujar beliau.


Pada perhimpunan tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada 19 kakitangan Wisma Darul Aman yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas.

0 comments:

Coretan Minda Warta Darul Aman

Coretan Minda Warta Darul Aman
Klik untuk membaca artikel

Forum Warta Darul Aman