SELAMAT DATANG KE BLOG WARTA DARULAMAN DAILY .... kerjasama menyebarkan berita-berita dari blog ini amat dihargai.... JANGAN LEPASKAN PELUANG LAWATI PORTAL BARU PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH DI www.wartakedah.com

WARTA DARUL AMAN DAILY AKAN DIMUATKAN KEDALAM PORTAL BARU

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah melancarkan portal baru sebagai laman rasmi penerangan yang diberi nama WARTA KEDAH yang boleh dilawati di http://www.wartakedah.com mulai 1hb Januari 2009

Berita Hari Ini

Sunday, November 30, 2008

DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR

Oleh: AMELIA HASHIM

Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah hari ini telah memperkenan perlantikan Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din, sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1hb Disember 2008, bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat perlantikan itu berlangsung di Istana Anak Bukit dengan penuh adat istiadat.


Majlis dimulai oleh Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri masuk mengadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Setelah diperkenan, majlis diteruskan dengan perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokmar Majlis Bandaraya Alor Star.


KDYMM Tuanku Sultan serta para tetamu seterusnya menyaksikan upacara mengangkat sumpah oleh Dato' Haji Khazali Haji Din, disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar.


Seterusnya, KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar kepada Dto' Khazali Din dan majlis di sudahi dengan bacaan doa.


Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.


Beliau yang merupakan lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemprosesan Data di Ibu Pejabat FELDA di Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.


Seterusnya beliau menyertai skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 dan ditugaskan di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).


Pada 1 Ogos 1987 beliau sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam yang diadakan di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.


Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan pula ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland dibawah biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.


Seterusnya pada 1 Disember 1996, Dato' Haji Khazali Haji Dindi lantik sebagai Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Selepas tamat tempoh kontrak, beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar YIK pada 2001 .


Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007.


Jawatan terakhir Dato' Haji Khazali Haji Din sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.


Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

0 comments:

Coretan Minda Warta Darul Aman

Coretan Minda Warta Darul Aman
Klik untuk membaca artikel

Forum Warta Darul Aman